Assalamualaikum wbt..
Kemarin aku berfikir..Nukilan demi nukilan nasihat cuba ku fahami..Kata-kata nasihat yang tak pernah putus itu membuatkan aku tersedar dan mulai berfikir..Kata-kata itu benar..Benar sekali...Oh ALLAH..jauh nya aku tersasar...
Aku curang! Aku benar-benar telah curang..Kepada siapa?..Kepada 'dia'
Siapa 'dia'?
Oh ALLAH...mungkin telah Engkau pertemukan kami...Mungkin juga belum..Tapi aku telah berbuat khilaf..Aku telah mencurangi dia sebelum tiba masanya..Ampuni keterlanjuran ku Ya ALLAH...ampuni aku...
Hanya dia sahaja yang selayaknya untuk ku labuhkan rasa cinta ini..Dia yang halal buatku..Namun seringkali ujian rasa itu hadir membuat aku melabuhkan hati pada yang belum pasti..Itulah maksud ku curang. Betapa bersalahnya aku...
Sedangkan yang layak hanya satu, dan bila masa itu telah tiba, barulah aku harus serahkan jiwa ini.. Kalau masa nya belum, maka menjadi amanah untuk ku jaga elok-elok..Ya, meskipun cuma singgahan perasaan tiada ikatan, namun aku tetap curang kerana mengapa aku memberi hati dan rasa jika dia bukan jodohku?
Walau bagaimana baik pun dia, kalau bukan dia insan yang benar, tidak harus ku serahkan perasaan ini. Bagaimana kah nanti perasaan dan hati 'dia' yang setia padaku, andai tahu yang aku curang padanya?..Walau dia belum pun kenal diri ku dan belum pun ketemu diriku, tapi betapa hancur nya hati 'dia' jika tahu aku melabuhkan rasa hati pada insan lain?...Maafkan aku...
Aku manusia biasa..Melakukan kesilapan dan belajar darinya..Maafkan lah aku atas kesilapan ku yang lepas..Akan ku cuba perbaiki diri ini...Usahlah kau bimbang lagi..Mulai saat ini, aku belajar dan berusaha seperti apa yang ku nukil kan ini..'manusia kerdil ini sedang belajar dari kesilapannya'
Aku manusia biasa..Melakukan kesilapan dan belajar darinya..Maafkan lah aku atas kesilapan ku yang lepas..Akan ku cuba perbaiki diri ini...Usahlah kau bimbang lagi..Mulai saat ini, aku belajar dan berusaha seperti apa yang ku nukil kan ini..'manusia kerdil ini sedang belajar dari kesilapannya'
Ya ALLAH..bantu lah aku dalam menjaga hati ini..Menjaga cinta ini..Aku tidak mahu curang lagi..Kan ku jaga hati ini, rasa ini, untuk yang halal buatku..Hanya 'dia' sahaja lelaki yang selayaknya ku serahkan jiwa dan hati ini, yang halal, yang Kau redha pada agamanya..Hanya 'dia'.
Jika masanya belum tiba, Ya ALLAH, Kau pagari lah hati ku ini..teguh ku menjaga agar tidak mudah ku labuhkan cinta. Kesian 'dia'..Aku tidak mahu mengecewakanya lagi..dan aku tidak mahu mendahului 'dia' lebih daripada-Mu Ya ALLAH...
InsyaALLAH buat 'dia'..Aku juga tidak pasti apa perancangan ALLAH buat kita dan diriku..Namun kalau benar, pasti satu masa nanti ALLAH permudahkan kita bertemu..Dan insyaALLAH, selama itu, akan ku cuba jaga hati ini untukmu..Diri ini untukmu...Kerana hanya kau yang layak buatku...Aku mahu menjadi yang halal buatmu untuk kau bimbing, dan kau lindungi..
Jika kau belum bersedia, usahlah kau mendekat diriku ini..Aku ini srikandi yang lemah imannya..Dan aku akan menjauh darimu andai kau merapati ku tanpa niat yang suci, kerna aku tidak mahu mencurangi 'dia', atau mungkin juga kau sendiri...Faham kah kau maksudku? Aku yakin kau lelaki yang soleh, maka kau pasti mengerti bicara ku ini...
Hadirlah dikau dengan lafaz yang suci..InsyaALLAH hingga ke saat itu, kan ku jaga hati ini sebaiknya hanya buatmu...

0 comments:
Post a Comment